Isnin, 15 November 2010

Tahun 2o1o di WGPS

Semasa berada di dalam WGPS pada tahun 2o1o , saya telah masuk ke kelas 5D . Pada mulanya , saya fikir bahawa murid-murid di dalam kelas saya sangat nakal , rupa-rupanya , mereka sebenarnya baik hati semuanya . Kenangan manisnya adalah sebab saya gembira kerana mereka telah membuat saya gembira . Kenangan pahit adalah saya berasa susah untuk mendapat tahu markah untuk peperiksaan saya kerana saya tahu saya akan gagal untuk tahun 2o1o ini . Saya pasti kerana saya tidak belajar bersungguh-sungguh . Disebabkan itulah , saya memasuki kelas yang kurang baik . Saya sangat sedih dan menyesal , saya benar-benar harap saya akan mendapat markah yang baik tahun depan . Saya juga sedih kerana akan meninggalkan kelas saya kerana saya mendapat kawan yang baik di sana . Saya benar-benar sedih kerana ibu saya pasti akan marah saya kerana mendapat kelas ini . Pada tahun ini juga , saya telah mempelajari kesilapan saya yang sangat besar iaitu mendapat markah yang rendah . Harapan saya tahun depan adalah untuk mendapatkan agrigget yang tinggi semenjak saya tidak dapat markah yang tinggi . Saya tidak ingin membuat ibu saya marah lagi . Mulai hari ini , saya tidak mahu gagal lagi , saya hanya cuma mahu memastikan bahawa saya mendapat markah yang tinggi kerana saya benar-benar ingin membuat ibubapa saya gembira .

7 ulasan:

  1. Cuba sedaya upaya kamu dan jangan berputus asa kerana ia tidak akan membawak kamu apa-apa faedah. Jangan berasa hampa kerana saya yakin kamu boleh membuatnya...

    BalasPadam
  2. Saya juga berharap agar impian kamu itu tercapai untuk membahagiakan orang tua kamu.:->

    BalasPadam
  3. Jangan cuma menulisnya dan tidak akan membuktikannya.Belajar bersungguh-sungguh Amirah dan membuat semua orang bangga akan diri kamu.Jangan putus asa.Kami semua tidak boleh bermain-main lagi kerana tahun hadapan kami semua akan mengambil peperikasaan yang sangat besar.Harap kamu berjaya :)

    BalasPadam
  4. Terima Kasih , saya berjanji untuk belajar bersungguh - sungguh . Itulah janjiku . Mulai sekarang , saya akan pastikan bahawa , saya tidakk akan mengecewakan ibubapa saya .

    BalasPadam
  5. Amirah, jangan berasa sedih dan menyesal.Belajar bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya untuk mendapat markah yang elok. Berasa sedih dan menyesal akan melindungi kamu daripada belajar. Tahun 2011 adalah tahun yang paling penting untuk kita kerana ia adalah tahun yang kita akan menghadapi PSLE.

    BalasPadam