Isnin, 15 November 2010

Tahun 2o1o di WGPS

Semasa berada di dalam WGPS pada tahun 2o1o , saya telah masuk ke kelas 5D . Pada mulanya , saya fikir bahawa murid-murid di dalam kelas saya sangat nakal , rupa-rupanya , mereka sebenarnya baik hati semuanya . Kenangan manisnya adalah sebab saya gembira kerana mereka telah membuat saya gembira . Kenangan pahit adalah saya berasa susah untuk mendapat tahu markah untuk peperiksaan saya kerana saya tahu saya akan gagal untuk tahun 2o1o ini . Saya pasti kerana saya tidak belajar bersungguh-sungguh . Disebabkan itulah , saya memasuki kelas yang kurang baik . Saya sangat sedih dan menyesal , saya benar-benar harap saya akan mendapat markah yang baik tahun depan . Saya juga sedih kerana akan meninggalkan kelas saya kerana saya mendapat kawan yang baik di sana . Saya benar-benar sedih kerana ibu saya pasti akan marah saya kerana mendapat kelas ini . Pada tahun ini juga , saya telah mempelajari kesilapan saya yang sangat besar iaitu mendapat markah yang rendah . Harapan saya tahun depan adalah untuk mendapatkan agrigget yang tinggi semenjak saya tidak dapat markah yang tinggi . Saya tidak ingin membuat ibu saya marah lagi . Mulai hari ini , saya tidak mahu gagal lagi , saya hanya cuma mahu memastikan bahawa saya mendapat markah yang tinggi kerana saya benar-benar ingin membuat ibubapa saya gembira .