
Saya akan membuat persediaan seperti , belajar setiap hari Isnin hingga Jumaat supaya saya boleh latihkan diri saya untuk lulus peperiksaan saya . Jika saya tidak belajar , saya boleh membaca kerana membaca juga boleh meningkatkan ilmu pengetahuan kita . Daripada membaca , saya boleh dapat tahu pelbagai macam benda . Belajar membuat saya pandai dan membuat saya lulus peperiksaan . Kalau saya dapat markah yang baik , saya boleh masuk ke kelas yang lebih baik dari sekarang . Selain itu , jika saya lulus peperiksaan saya dengan cemerlang , saya dibenarkan keluar berjalan-berjalan dan menonton wayang bersama-sama kawan-kawan baik saya .