Khamis, 23 September 2010

Sajak Hujan


Ada yang berkata
engkaulah hujan
yang membasahi bumi ini
benarkah begitu, hujan?


Ada yang berkata
engkau turun untuk
membawa kedinginan
betulkah, hujan?


Aku ingin hujan kembali
apatah daya aku hanya insan biasa
aku hanya boleh menanti
engkaulah yang yang menghibur diri ini
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Jika hujan air batu benar-benar berlaku di negeri saya, saya akan berasa terkejut kerana itulah pertama kali saya akan mengalaminya. Saya juga akan rasa takut kerana hujan air batu ini bahaya kerana batu-batu sebesar bola golf. Saya akan juga rasa cemas kerana saya tidak akan tahu apa patuut dilakukan kerana saya terlalu panik. Selain itu, hujan air batu bahaya kerana jika air batu terkena kepala saya, saya akan tercedera parah. Saya akan rasa sedih jika salah seorang akan cedera apabila air batu tersebut terkena kepala ahli keluarga saya.