Selasa, 27 Julai 2010

Aktiviti-aktiviti 'Bawa dan Berborak'

Saya dan kawan-kawan saya pernah bermain permainan yang dipanggil 'Bawa dan Borak'. Ia sangat menarik kerana kita dapat berkomunikasi dengan lebih menggunakan Bahasa Melayu. Permainan itu sangat menarik sehinggakan kawan saya tidak sabar untuk menunggu gilirannya. Pada pendapat saya, permainan ini bagus kerana ia akan meningkan murid-murid Bahasa Melayu belajar untuk berbual dalam Bahasa Melayu lebih kerap dari sebelumnya. Saya juga suka bermain permainan ini kerana ia dapat membiasakan saya untuk membanyakkan perbualan menggunakan Bahsa Melayu.

Isnin, 26 Julai 2010

Lawatan Ke Brunei Darussaalam

Guru besar di sekolah telah mengadakan aktiviti ke negara Brunei Darussalam kerana kita dapat belajar banyak benda di sana. Guru saya juga kata bahawa di sana boleh belajar banyak tentang Bahasa Melayu serta adat-istiadatnya dan akhir sekali tentang pantang-larang orang bangsa Melayu. Ia sangat menarik kerana orang-orang di sana baik dan berbudi bahasa. Mereka tunjuk tidak menggunakan jari telunjuk yang biasa digunakan oleh orang-orang rakyat Singapura. Mereka menggunakan ibu jari mereka untuk menunjukkan sesuatu yang jauh. Mereka juga tidak akan memekik melainkan keadaan memaksanya. Mereka sangat baik hati. Pada hari yang kedua, kami telah melawati salah satu sekolah yang terletak di Junjongan. Sekolah itu dinamakan Sekolah Rendah Junjongan. Murid-murid di sana sangat peramah, mereka telah sambut kedatangan kami dengan sempurna. Saya tidak akan lupa kebaikan mereka itu kerana itu pengalaman di negara yang lain. Pada hari yang terakhir di sana kami telah melawati Muzium Brunei. Di sana, saya dapat mempelajari binatang-binatang yang terdapat di sana dan bagaimana mereka mencari makanan mereka. Saya sangat beruntung kerana saya dapat pergi ke sana.

Khamis, 22 Julai 2010

Kepentingan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ini penting kerana jika kita tidak banyak menggunakan orang yang bukan dalam bangsa yang sama akan merendahkan Bahasa Melayu dan kita akan berasa sangat malu. Bahasa Melayu itu adalah paling penting kerana apabila perkara tersebut terjadi kita akan berasa malu kerana Bahasa Melayu adalah jiwa bangsa kita. Perkara lain pula, kita akan berasa malu kerana kebanyakkan orang bangsa cina boleh berkomunikasi dengan kita dalam Bahasa Melayu yang sangat jelas. Jadi, kita harus biasakan menggunakan Bahasa Melayu supaya orang tidak akan merendahkan diri orang Bahasa Melayu.

Rabu, 21 Julai 2010

Aktiviti bernyanyi

Saya telah memasuki peraduan bernyanyi dan telah mendapat saguhati tetapi saya berasa gembira kerana saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bersama-sama rakan-rakan dengan tekun dan berjaya sampai ke peringkat akhir. Saya juga gembira kerana saya telah diajar oleh rakan baik saya yang bernama, Nur Afeeqa. Dia telah mengajar saya bagaimana hendak bernyanyi dengan merdu. Saya harap satu hari nanti, dia akan menjadi penyanyi Melayu. Dia pandai bernyanyi dalam Bahasa Melayu dan dia telah mendapat markah yang tinggi kerana dia selalu menggunakan bahasa ibunda dengan saya dan yang lain. Dari situ saya telah mempelajari bahawa Bahasa Melayu itu penting buat kita.

Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Di sekolah saya, kami telah mengadakan Hari Keharmonian Kaum. Mereka telah membuat persembahan menjadi model. Ada guru-guru yang telah menjadi salah seorang model juga. Guru-guru itu berpakaian dengan segak dan cantik, mereka juga telah memakai baju yang bukan kaum mereka. Apabila mereka memakai pakaian yang berlainan kaum, ada rakan-rakan saya telah menepuk tangan kerana mereka nampak menawan. Hari Keharmonian Kaum juga telah disambut kerana kita harus menghormati bangsa mereka jika kita mahu orang lain menghormati bangsa kita.

Aktiviti di perpustakaan

Di perpustakaan Singapura ada peraduan yang ada kena mengena dengan Bahasa Melayu. Ia adalah peraduan yang boleh memenangi wang tunai sebanyak $350 dan sebuah voucer buku. Syaratnya adalah, kita harus meminjam buku dari perpustakaan sebanyak 6 buku Bahasa Melayu. Ia cadangan yang baik kerana mereka telah membuat murid-murid Bahasa Melayu kita meningkat dalam subjek tersebut. Mereka pasti meminjam 6 buku untuk memasuki peraduan itu. Selain dari mendapat duit, mereka juga akan mendapat ilmu jika mereka membaca buku-buku yang telah mereka meminjam dari perpustakaan tersebut.

Peraduan piramida kedua

Saya telah terpilih untuk memasuki peraduan piramida di luar sekolah dan saya berasa sangat gembira. Ia sangat menarik kerana ia mencabar jadi kita harus banyak membaca buku Bahasa Melayu. Ia membantu kita untuk meningkat dalam subjek tersebut dan ia juga membantu kita untuk menjelaskan dengan senang. Apabila apa-apa kita boleh menjelaskan dengan ringkas juga supaya kita tidak perlu tergagap lagi. Pada mulanya saya berasa takut tetapi dengan semangat yang guru saya telah berikan, saya berasa lega. Dia juga selalu mengingatkan saya untuk menjadi ulatbuku Bahasa Melayu dengan itu, kita dapat memperbaiki Bahasa Melayu kita.

Ahad, 18 Julai 2010

Aktiviti peraduan

Sesi-sesi ini mengikut umur seperti, jika kami 7 tahun, kami akan bernyanyi lalu jika kami 8 tahun, kami akan bercerita. Akhir sekali, buat murid-murid berumur 9 tahun ke atas akan berlakon menggunakan cerita mereka yang telah mereka cipta sendiri. Saya pernah masuk pertandingan sesi berlakon dengan kawan-kawan saya dan mendapat tempat pertama di sekolah. Saya berasa gembira kerana selain daripada saya mendapat tempat pertama di sekolah, saya juga mula meningkat dalam perbualan saya dan kawan-kawan saya menggunakan Bahasa Melayu dan saya juga telah meningkat dalam subjek Bahasa Melayu. Akhir sekali, saya rasa kita harus menggunakan bahasa kita dengan kerap kerana jika kita tidak tahu menggunakan bahasa kita sendiri, kita akan memalukan diri kita sendiri kerana orang-orang akan mengejek kita. Jadi, kita harus membiasakan diri kita menggunakan Bahasa Melayu. Bahasa kita, Gunakanlah.

Aktiviti bermain sahibba

Saya telah memasuki peraduan Sahibba di sekolah dan saya mendapat tempat ketiga di kalangan empat orang. Ia amat susah untuk memikir perkataan-perkataan Melayu dalam satu minit sahaja. Saya berasa gembira walaupun saya mendapat tempat ketiga dalam permainan ini kerana saya telah menunjukkan bakat saya. Saya juga berasa gembira kerana telah membanggakan kawan-kawan sekelas saya dan mendapatkan markah baik dalam peperiksaan saya yang juga membuat ibubapa saya kagum dengan diri saya. Saya rasa bangga untuk menggunakan Bahasa ibunda dengan kerap kerana saya ingin memperbaiki Bahasa Melayu kita.

Aktiviti bermain piramida

Saya telah masuk peraduan piramida, ia sangat menarik. Saya dan rakan saya mendapat tempat pertama dan kami berasa sangat gembira. Pada mulanya saya berasa sangat gementar tetapi saya patut menjadi berani supaya dapat membuat yang terbaik. Permainan ini hanya boleh berbual dalam Bahasa Melayu sahaja jika kita berbual dalam Bahasa Inggeris, kita akan dipotong markah oleh juri tersebut. Apabila murid-murid masuk peraduan ini pasti mereka akan tumpukan perhatian yang banyak pada Bahasa Melayu. Dari situlah mereka dapat markah yang baik dalam Bahasa Melayu. Saya juga mendapat markah yang cemerlang setelah bermain pelbagai jenis permainan berbahasa Melayu.

Sabtu, 10 Julai 2010

Aktiviti Berlakon

Saya pernah peraduan berlakon, ia sangat menarik. Ia bertajuk ' anak yang sombong ' dan 'puteri yang sombong '.Saya rasa perkara ini agak susah kerana kita harus menghafal dialog-dialog yang saya dan kawan-kawan saya telah reka. Walaupun ia susah untuk dilakukan tetapi saya berasa gembira kerana saya dapat memperbaiki perbualan saya dalam Bahasa Melayu. Selama ini saya leka dalam Bahasa Melayu saya kerana saya telah dilatih oleh ibubapa saya untuk berbual dalam Bahasa Inggeris tetapi tidak lagi kerana saya ingin mendapatkan markah-markah yang baik untuk peperiksaan saya lagi-lagi Bahasa Melayu. Di sekolah, untuk peraduan berlakon, saya telah mendapat tempat pertama dan di sekolah lain pula, saya mendapat saguhati sahaja. Saya tetap berasa gembira kerana telah menunjukkan semangat saya kepada guru-guru di sekolah saya.