Blog Amirahh ! :))
Isnin, 15 November 2010
Tahun 2o1o di WGPS
Semasa berada di dalam WGPS pada tahun 2o1o , saya telah masuk ke kelas 5D . Pada mulanya , saya fikir bahawa murid-murid di dalam kelas saya sangat nakal , rupa-rupanya , mereka sebenarnya baik hati semuanya . Kenangan manisnya adalah sebab saya gembira kerana mereka telah membuat saya gembira . Kenangan pahit adalah saya berasa susah untuk mendapat tahu markah untuk peperiksaan saya kerana saya tahu saya akan gagal untuk tahun 2o1o ini . Saya pasti kerana saya tidak belajar bersungguh-sungguh . Disebabkan itulah , saya memasuki kelas yang kurang baik . Saya sangat sedih dan menyesal , saya benar-benar harap saya akan mendapat markah yang baik tahun depan . Saya juga sedih kerana akan meninggalkan kelas saya kerana saya mendapat kawan yang baik di sana . Saya benar-benar sedih kerana ibu saya pasti akan marah saya kerana mendapat kelas ini . Pada tahun ini juga , saya telah mempelajari kesilapan saya yang sangat besar iaitu mendapat markah yang rendah . Harapan saya tahun depan adalah untuk mendapatkan agrigget yang tinggi semenjak saya tidak dapat markah yang tinggi . Saya tidak ingin membuat ibu saya marah lagi . Mulai hari ini , saya tidak mahu gagal lagi , saya hanya cuma mahu memastikan bahawa saya mendapat markah yang tinggi kerana saya benar-benar ingin membuat ibubapa saya gembira .
Ahad, 24 Oktober 2010
Persediaan Untuk Peperiksaan Akhir Tahun !

Saya akan membuat persediaan seperti , belajar setiap hari Isnin hingga Jumaat supaya saya boleh latihkan diri saya untuk lulus peperiksaan saya . Jika saya tidak belajar , saya boleh membaca kerana membaca juga boleh meningkatkan ilmu pengetahuan kita . Daripada membaca , saya boleh dapat tahu pelbagai macam benda . Belajar membuat saya pandai dan membuat saya lulus peperiksaan . Kalau saya dapat markah yang baik , saya boleh masuk ke kelas yang lebih baik dari sekarang . Selain itu , jika saya lulus peperiksaan saya dengan cemerlang , saya dibenarkan keluar berjalan-berjalan dan menonton wayang bersama-sama kawan-kawan baik saya .
Khamis, 23 September 2010
Sajak Hujan
Rabu, 15 September 2010
Hujan Air Batu
Jika hujan air batu benar-benar berlaku di negeri saya, saya akan berasa terkejut kerana itulah pertama kali saya akan mengalaminya. Saya juga akan rasa takut kerana hujan air batu ini bahaya kerana batu-batu sebesar bola golf. Saya akan juga rasa cemas kerana saya tidak akan tahu apa patuut dilakukan kerana saya terlalu panik. Selain itu, hujan air batu bahaya kerana jika air batu terkena kepala saya, saya akan tercedera parah. Saya akan rasa sedih jika salah seorang akan cedera apabila air batu tersebut terkena kepala ahli keluarga saya.
Isnin, 2 Ogos 2010
Pencapaian saya pada tahun 2010
Pada tahun ini, saya telah mencapai salah satu impian saya iaitu mendapat nombor 2 dalam peraduan piramida. Saya ingin mengubahkan diri saya untuk menjadi yang terbaik di sekolah saya. Cita-cita saya adalah untuk menjadi jururawat supaya jika ada apa-apa yang berlaku di rumah saya, saya akan tahu apa yang harus dilakukan. Harapan ibubapa saya adalah untuk , mendapat 'A' untuk peperiksaan saya tetapi saya selalu gagal. Jadai dengan itu, saya ingin memperbaiki markah-markah yang lalu untuk menjadi markah yang lebih baik. Harapan saya adalah untuk membanggakan ibubapa saya.
Selasa, 27 Julai 2010
Aktiviti-aktiviti 'Bawa dan Berborak'
Saya dan kawan-kawan saya pernah bermain permainan yang dipanggil 'Bawa dan Borak'. Ia sangat menarik kerana kita dapat berkomunikasi dengan lebih menggunakan Bahasa Melayu. Permainan itu sangat menarik sehinggakan kawan saya tidak sabar untuk menunggu gilirannya. Pada pendapat saya, permainan ini bagus kerana ia akan meningkan murid-murid Bahasa Melayu belajar untuk berbual dalam Bahasa Melayu lebih kerap dari sebelumnya. Saya juga suka bermain permainan ini kerana ia dapat membiasakan saya untuk membanyakkan perbualan menggunakan Bahsa Melayu.
Isnin, 26 Julai 2010
Lawatan Ke Brunei Darussaalam
Guru besar di sekolah telah mengadakan aktiviti ke negara Brunei Darussalam kerana kita dapat belajar banyak benda di sana. Guru saya juga kata bahawa di sana boleh belajar banyak tentang Bahasa Melayu serta adat-istiadatnya dan akhir sekali tentang pantang-larang orang bangsa Melayu. Ia sangat menarik kerana orang-orang di sana baik dan berbudi bahasa. Mereka tunjuk tidak menggunakan jari telunjuk yang biasa digunakan oleh orang-orang rakyat Singapura. Mereka menggunakan ibu jari mereka untuk menunjukkan sesuatu yang jauh. Mereka juga tidak akan memekik melainkan keadaan memaksanya. Mereka sangat baik hati. Pada hari yang kedua, kami telah melawati salah satu sekolah yang terletak di Junjongan. Sekolah itu dinamakan Sekolah Rendah Junjongan. Murid-murid di sana sangat peramah, mereka telah sambut kedatangan kami dengan sempurna. Saya tidak akan lupa kebaikan mereka itu kerana itu pengalaman di negara yang lain. Pada hari yang terakhir di sana kami telah melawati Muzium Brunei. Di sana, saya dapat mempelajari binatang-binatang yang terdapat di sana dan bagaimana mereka mencari makanan mereka. Saya sangat beruntung kerana saya dapat pergi ke sana.
Langgan:
Catatan (Atom)